Thursday, October 11, 2012

Haaaa....kawan2. Kat sini ade beberapa kemusykilan hukum fikah yang disunting dari buku 501 buku persoalan fikah wanita(oleh: zawiah hassan & rohayati bakri).baca2 lah dan renung2kanlah.....ok


Q : mengapa wanita tidak boleh gunakan minyak wangi?
A : menggunakan minyak wangi bagi wanita adalah haram apabila hendak keluar rumah kerana ia boleh menarik perhatian orang lain. Walaubagaimanapun ia dibolehkan sekiranya wanita itu menggunakan minyak wangi di rumah untuk suami dan hukumnya sunat.

Q : Apakah hukum wanita islam pergi ke salon kecantikan yang kesemua pekerjanya adalah bukan islam bagi memotong rambutnya?
A : Hukumnya haram kerana aurat bagi wanita islam dengan wanita bukan islam adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan.

Q : Apakah hukum seorang wanita melakukan rebonding bagi meluruskan rambutnya yang keriting?
A : Hukumnya haram sekiranya dia lakukan bukan kerana suami atau perbuatan itu mendatangkan muadarat.

Q : Apakah hukum wanita mencukur atau menanggalkan bulu kaki dan bulu tangan sama ada dengan pisau cukur atau alat lain seperti menggunakan laser atau krim?
A : Hukumnya haram.

Q : Perkhidmatan chatting telah menjadi suatu medium komunikasi antara dua orang melalui alam maya. Seandainya seorang wanita berhubung melalui Internet dn tidak pernah berjumpa secara fizikal dengan seorang lelaki yang bukan mahram dan menjalinkan hubungan intim antara mereka, adakah mereka dikatakan berkhalwat juga? Adakah perbuatan mereka haram?
A : Perbuatan itu tidak dihukumkan berkhalwat. Ya, perbuatan mereka dihukumkan haram.

Q : Apakah hukum dua orang wanita tidur dengan menggunakan satu selimut?
A : Perbuatan itu ditegah oleh Rasulullah. Ia mesti dielakkan, tambahan pula jikalau tidur dalam keadaan berbogel.

Q : Apakah hukum meletak barang-barang antik berupa patung dan lukisan tubuh manusia atau binatang di dalam rumah sebagai perhiasan?
A : Haram dan patut dielakkan. Ganti dengan hiasan berbentuk pokok, bunga atau hiasan2 lain.

Q : Adakah sah orang perempuan menyembelih ayam atau lembu?
A : Hukumnya makruh tetapi penyembelihan sah sekiranya dia mengikut syarat-syarat penyembelihan.

Q : Apakah hukum memakai contact lens bagi mengatasi masalah rabun? Apa pula hokum memakai contact lens yang berbagai warna?
A : Memakai contact lens adalah diharuskan bagi mengatasi masalah rabun. Walaubagaimanapun sekiranya ia bertujuan kecantikan atau dengan niat mengubah kejadian Allah, hukumnya haram.

No comments:

Post a Comment