Showing posts with label lelaki oh lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki oh lelaki. Show all posts

Monday, October 22, 2012

Benarkah Suami Orang Lebih Berharga



Seringkali kita dihadapkan dengan masalah para isteri yang kecewa apabila suami mereka dipikat si gadis cantik jelita. Paling menyakitkan hati mereka, si gadis hampir sebaya anak mereka sendiri. Bila tengok cerita drama, gadis-gadis  meluahkan rasa resah apabila hubungan mereka dengan suami orang mula dihidu bakal madu. Yang jelas, gadis-gadis ini tahu mereka sedang bercinta dengan suami orang dan masih tetap ingin meneruskan hubungan walau ditentang isteri kekasih malahan ahli keluarga sendiri.Ada antara gadis-gadis ini mengaku tertawan dengan suami orang kerana suami orang lebih kukuh kewangan. Bukan tu saja, mereka lebih pandai memikat, menjaga hati dan pandai melayan si gadis berbanding jejaka bujang.

Hmmm… nak salahkan siapa? Si gadis kerana menggoda suami orang? Bagaimana dengan suami orang yang juga turut melayan walau dah tahu, diri tu dah beristeri dan beranak pinak? Nak salahkan takdir? Takdir yang menentukan kami jatuh cinta? Begitu? Kalau semua nak serah pada takdir, tak payahlah nak habiskan duit rakyat banyak-banyak untuk kerajaan membina penjara atau pusat serenti. Dah takdir orang tu jadi pencuri… dah takdir si dia jadi perogol… dah takdir dia tu nak jadi penagih… semuanya takdir… takdir dan takdir… setuju??? Semua orang tahu, setiap yang berlaku adalah dengan ketentuan dan takdir-Nya yang Maha Esa. Namun, sebagai manusia, kita perlu ingat… kita disuruh berikhtiar dan berusaha. Kalau nakkan sesuatu, kita perlu berusaha. Kalau tak nak pun, kita perlu berusaha… bukan menyerah begitu sahaja.

Samalah jugak dengan kes bercinta dengan suami orang… kalau dah tau, dia tu suami orang… kenapa nak teruskan jugak. Bukan nak menentang poligami… bukan bermaksud nak halang kaum lelaki berpoligami… kalaulah suamiku nak kawin lagi pun, silakanlah tetapi kenalah tilik diri… mampukah anda… jangan kawin sebab nak ikut syariat tapi selepas tu, perangai anda lebih teruk dari makhluk berkaki empat. Mampu tu pulak, bukan mampu dari segi nafkah batin jer tetapi dari segi nafkah zahir jugak…. tanggungan makan minum, pakaian, tempat tinggal, kesihatan dan semuanya yang bernama keperluan. Masalah yang banyak berlaku sekarang ni… sorang isteri pun tak mampu nak biayai segala keperluan, masih perlukan bantuan isteri namun masih ada hati nak beristeri lagi… konon alasan: Aku lelaki… berhak untuk ada lebih seorang isteri. Jangan cakap tentang berhak la kalau kewajipan diri pun gagal ditunaikan. Pentingkan hak sendiri, hak isteri… hak anak-anak sesenang hati ja tolak ke tepi.

Pasal kukuh ekonomi… hanya satu daripada 20 kes poligami, suami benar-benar berkemampuan daripada segi kewangan. Memanglah si gadis nampak suami orang hidup senang, kewangan stabil, punya rumah dan kereta besar… jangan tak tau, kebanyakan suami orang sekarang, mampu hidup dengan identiti mempunyai kewangan teguh adalah atas pertolongan dan bantuan isteri. Isteri mengambil alih bebanan suami melangsaikan bil-bil itu ini, membeli keperluan dapur, membantu suami menyara keluarga… malah, atas nama kasih dan sayang, setiap bulan ada saja baju atau seluar dibeli oleh isteri sebagai hadiah kepada suami. Malah, ada kes…segala pendapatan isteri diserahkan kepada suami dan suamilah orangnya yang menguruskan segala hal ehwal kewangan. Memangla bukan semua suami orang pandai ambil kesempatan… bersyukurlah para isteri yang punya suami yang tak pandai ambil kesempatan. Namun, ramai jugak suami orang yang pandai… pandai segala hal… hingga akhirnya isteri menangis sendiri.

Rasanya, soalan yang diutarakan dah terjawab kan? Berhargakah suami orang jika yang ada pada dirinya hanyalah karektor menyusahkan "insan yang pernah disayang"? kerana bila ada kasih yang baru, nyata sekali ianya lebih bernilai di mata suami orang tu berbanding kasih isteri sedia ada. Sebab itulah, tak boleh percaya kata-kata lelaki: kasih dibahagi sama rata. Rasulullah s.a.w sendiri mengakui sukar membahagikan kasih sama rata… anda umat akhir zaman yang tak tau kat mana nak menetap di akhirat nanti, mengaku pandai membahagi kasih sama rata? Dah la syariat Nabi ikut sekerat jalan dan buat sesuka hati … masalah tul kan? Bila cakap pasal poligami, nak ikut syariat Nabi konon, tapi solat lima waktu, suku rakaat pun tak lengkap… hmmmm

Tak mengaku kasih baru mengatasi kasih sedia ada? Tak yah borak laa… kalau anda tak suka barang baru lebih dari barang lama, mustahil anda akan beli yang baru kan… apa pun alasan anda, yang pasti, barang baru itu ada lebih keistimewaannya dari barang lama hingga membuatkan anda memilihnya.isteri bukan barang tetapi dah ramai suami yang memperlakukan isteri seperti barang. Masa suka, diguna habis-habisan. Isterilah tempat bergantung harapan, daripada peniaga kecil dan jadi jutawan. Bila dah ada yang baru, yang lama terus disimpan dan paling tragis, dibuang ke tepi. Mulalah memberi alasan, yang baru ini mempunyai lebih keistimewaan yang bukan sekadar memenuhi empat kriteria pilihan… hmmmmm

Kepada anak-anak gadis dan wanita di luar sana yang sedang berhubungan dengan suami orang… fikir gunakan akal, bukan kata hati. Jangan mudah percaya kata-kata suami orang, konon memilih anda kerana tidak bahagia dengan isteri sedia ada. Jangan juga percaya, isteri sedia ada akan diceraikan kerana memilih anda. Jika anda tak bersedia bermadu, kenapa memilih suami orang? Fikirkan jika anda di tempat isteri suami orang itu. Paling penting, fikirkan tentang anak-anaknya yang bakal membesar. Mahukah anda, jika satu hari nanti, anak-anak terpaksa menerima perceraian ibu dan ayah mereka gara-gara si ayah berkenan dengan perempuan lain? Jangan ingat anda menang kerana berjaya meruntuhkan rumahtangga orang!! Jangan ingat anda pandai kerana berjaya memisahkan sepasang suami isteri!! Jangan berbangga diri konon anda boleh menjadi ibu yang baik untuk anak-anak tiri kerana anda belum tahu bagaimana sebenarnya menjadi ibu.

Saya tahu, anda berhak memilih dan membuat keputusan tetapi anda perlu ingat, di dalam dunia ini, bukan hanya anda tetapi masih ada insan lain yang ingin bahagia. Berwaspadalah kerana doa mereka yang teraniaya, akan dimakbulkan-Nya….

Saturday, October 6, 2012

KALAU ANDA DPT PESANAN SUARA BEGINI, NAK WAT APE?????

Hello sayang....kenapa syg tak angkat tepon bila abg call hp syg tadi...jgnla merajuk lelama sangat,betuL,,,abg tersangatlah rindu kat syg.....wlupun muka abg ni agak macho dan comel.... jgnla syg jeles kat abg kalau-kalau ade awek lain yg asyik pandang2 dan senyum2 kat abg masa kita gi dating.....biasa la tuh...

Apa....tak muat???? kan syg dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi....apsal lak tak muat plak..janganla sayang risau...duit cincin yang syg bayarkan tadi...esok2 abg byrla balik kat syg....sayang pun sedia maklum...abg bukannya takde duit...tapi duit tu abg dah belikan graphic card baru kat pc abg.....RAM pun abg dah beli yg baru....tambah lagi sekeping...kasi power sikit,,,tu pun belum masuk nak tukar harddisk baru lagi tuh...Abang tau sayang marah sebab abg yang selamba katak jer...lompat longkang depan kedai apek tu tadi....tanpa menunggu sayang melintas titi...bukan abg tak gentleman....tapi abg cuma memeriksa kalau2 ada bahaya di seberang sana.....maafkan abg...tobat....lain kali abg tak buat lagi.....

Kes masa makan kat kedai mamak tu tadi...sorry la,,,abg ingatkan nak test jer mee goreng syg tu...soksek...soksek,,, ms syg g toilet...tak perasan lak dah abih...sedaaaaaaaaaaappppppp...!! tapi kan abg dah ganti ngan roti canai kosong abg?? tak sedap ker roti canai kosong tu??? udah ler tu... janganla merajuk lama lama......

oh yaa....!! hp kita ni kita tukar dulu la yee...abg pinjam jap hp syg....nanti abg tukaq la balik...sygkan ader handbag besar...senang nak simpan hp abg yg besar tu....heheheh....hp syg kecik...buleh abg simpan dalam kocek abg

Betulll.....semalam abg dah booked tiket citer Salon tuh...abg ingat la kan....cashier panggung tu lupa nak key in dlm komp dia la...pasal tu la tiket dah habis....lagi satu....sampin dan songkok ayah syg yg abg pinjam untuk hariraya aritu...kira pinjam terus la yee.....boleh gaks guna masa ari nikah kita esok2....bukn abg taknak beli yg baru....tapi sayang la ...benda elok lagi....buat apa nak beli yang baru kannnn....kann...kannn....tapi syg jgn bagitau kat ayah syg plak....ayah syg sure tak perasan punya sebab nanti abg dye la sampin tu ngan kaler lain...

Buat masa ni motor abg masih kat dalam workshop....ntah ape pomen tu buat tak siap-siap lagi....jadi Inspira syg ni....kira abg pakai dulu layer untuk g keje....syg bukan tak tau....tempat keje abg kan jauh....syg g keje naik LRT pun bolehhh...kann????

Lagi satuuu.....besok sampai kat opis syg nanti...syg tlg bank-in kan duit RM300 kat akaun abg ye.....bukan apa...Inspira auto syg ni kuat mentekedarah minyak tullla....pakai lak RON97 baru naik 5 sen 3 hari lepas...motor kapcai abg pun tak camni......

ok la syg...dah cakap lama ni....jgn lupa topup kan prepaid abg ni.....esok2 senang abg nak call syg lagi...................

So...ape komen wanita2 diluar sana?Bagi sy la ini bukan lelaki namanya....ini virus bakteria berbahaya.....kalau jumpa cepat2 bersihkan diri anda dari dijangkiti apalagi dihampiri...najissss....kena cuci dettol lagii.....gileeeeeeerrrrrr