Showing posts with label lawak kering gusi. Show all posts
Showing posts with label lawak kering gusi. Show all posts

Monday, October 8, 2012

KISAH AYAM DAN KAMBING



pada suatu hari, ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yg berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.

Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu...............

Ayam   : Kambing, pekabo?

Kambing   Baik. Wah, ayam. Bukan main lagi kau, Kau nak kemana hensem2 ni.

Ayam   : Takde kemana. Sesajalah nak tengok reaksi engko.

Kambing   : Tapi kan ayam, macam mana pun kau berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?

Ayam  : Ko kutuk aku ye...ko pun ape kurangnya..........

Kambing   : Apsal plak?

Ayam  : Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi Telur nampak...........hihihihi




Sunday, October 7, 2012

KISAH SERAM SELEPAS KEMATIAN KAWAN ABG MINGGU LEPAS.........

Hampir setiap malam adik dia diganggu oleh roh abang dia dlm mimpi. Jadi dia berjumpa bomoh di hujung kampung. Bomoh tu berkata bahawa roh abg dia tak tenteram, banyak sangat benda yg dia rindu atau barang kepunyaan dia masa hidup.

Jadi nak bagi roh abg dia aman, bomoh mencadangkan dia buat patung atau replika diperbuat dari kertas dan bakar di pusara abang dia. Jadi banyaklah replika harta dibuat....kereta,isteri, wang, rumah, jam tangan, PS3, dan akhirnya handset mahal yg baru dibeli olehnya sebelum mati. Selepas dibakar adiknya tidur pada belah malam dan tidak lagi diganggu oleh roh abangnya. Tiba-tiba handset adik dia berbunyi,...dapat mesej dari abg dia yang sudah tiada....agak berdebar-debar dibuatnya....tertulis pesanan ringkas lalu dibaca........................................

                                  ADIK, CHARGER HANDSETNYA MANA???????

Saturday, October 6, 2012

lawak.....lawak


Lawak 1
Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter...
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja.
Lawak 2
Bangla dan rakannya sedang berbual,
Bangla : Esok saya nak balik bangladesh, isteri saya mengandung 3 bulan.
Rakan : Wah mesti awak gembira
Bangla : Sudah tentu, sudah 3 tahun saya tak balik!
Rakan : ?????
Lawak 3
Di sekolah tabika.
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya....
Lawak 5
Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang tulis surat.
Nurse : Ko tulis surat kt sapa?
Gila : Aku tulis surat untuk diri aku sendiri"
Nurse : Jadi.. apa yang ko tulis?
Gila : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca.
Lawak 6
Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu.
Pemuda : Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk?
Mamak : Panas 70 sen sejuk RM1.20.
Pemuda :! Bagi teh panas 1. Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.
Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.