Duhai malam,
gelapmu membawa seribu erti,
sunyimu menyingkap tabir hati,
dengan setiap kepuraan diri,
ketenangan dan kedamaian bukan fantasi.
realiti kehidupan insan,
bersulur didedaunan rindu,
berpaut pada kalimah cinta,
yang tak mungkin hilang diluput usia,
sentiasa bersemadi,
bagai pohon segar mewangi.
inikah realiti pengorbanan jiwa,
kadangkala terluka dihambat mesra,
berbunga realiti di lautan madu,
namun dinanti berdarah di hati.
pandangan yang melihat di segenap senyuman,
terselit kesedihan yang sukar dirawat,
menggetap bibir kata-kata indah,
berbahasa ibunda membait kata,
lambang keteguhan pengekal keimanan.
Showing posts with label karangan hati. Show all posts
Showing posts with label karangan hati. Show all posts
Saturday, October 22, 2011
Di hujung lafaz
Berkali ku ucap kau bukan yang pertama,
namun yang pasti kaulah yang terakhir,
kala hatiku sujud kesyukuran,
ku mengerti kau anugerah Pencipta buatku.
Oh cinta hatiku,
kau beri aku kekuatan di sebalik kelemahan,
kau hembus kegagahan di ruang kehinaan,
tidak pernah ku menyesali,
keadaan kita yang begini,
namun ku tak sanggup kiranya kau pergi,
Oh Tuhan,
manisnya cinta walau sebenarnya pahit,
nikmatnya cinta walau sebenarnya derita,
kini kau masih menagih namun kau lupa,
cinta tak perlu diucap dengan kata-kata,
renung hati dan mataku,
pastinya tidak kau curiga.
namun yang pasti kaulah yang terakhir,
kala hatiku sujud kesyukuran,
ku mengerti kau anugerah Pencipta buatku.
Oh cinta hatiku,
kau beri aku kekuatan di sebalik kelemahan,
kau hembus kegagahan di ruang kehinaan,
tidak pernah ku menyesali,
keadaan kita yang begini,
namun ku tak sanggup kiranya kau pergi,
Oh Tuhan,
manisnya cinta walau sebenarnya pahit,
nikmatnya cinta walau sebenarnya derita,
kini kau masih menagih namun kau lupa,
cinta tak perlu diucap dengan kata-kata,
renung hati dan mataku,
pastinya tidak kau curiga.
Langkah ranjau cintamu
Ku terus melangkah tanpa menoleh lagi,
ku terus menuju masa depan,
tanpa dirimu disisiku.
Aku bukan manusia sempurna,
bisa terima segala kesedihan,
yang bukan lahir dari keinginanku,
andai kau tahu bagaimana hatiku,
selalu menyintaimu.
oh sayangku,
biar beribu halangan cintaku takkan padam,
biar seribu ranjau ku takkan alah pada tentangan.
Ku tetap menyintaimu,
walau ramai tak merestui,
aku redha andai takdir tidak menyebelahi,
bukankah dulu kita berjanji setia,
cinta kita tetap bersama.
Sudahnya andai itu kemahuanmu,
aku takkan pernah memaksa,
aku harap kau bahagia,
andai bersamaku kau sentiasa derita,
terima kasih atas segala cinta.
ku terus menuju masa depan,
tanpa dirimu disisiku.
Aku bukan manusia sempurna,
bisa terima segala kesedihan,
yang bukan lahir dari keinginanku,
andai kau tahu bagaimana hatiku,
selalu menyintaimu.
oh sayangku,
biar beribu halangan cintaku takkan padam,
biar seribu ranjau ku takkan alah pada tentangan.
Ku tetap menyintaimu,
walau ramai tak merestui,
aku redha andai takdir tidak menyebelahi,
bukankah dulu kita berjanji setia,
cinta kita tetap bersama.
Sudahnya andai itu kemahuanmu,
aku takkan pernah memaksa,
aku harap kau bahagia,
andai bersamaku kau sentiasa derita,
terima kasih atas segala cinta.
Tuesday, July 26, 2011
Dalam setia ku kenal cinta
Dalam sendu tawa ini,
ku lihat kau masih menyendiri sepi,
meratapi cinta yang hilang jauh beribu batu,
tinggi melayang tak dapat dihalang.
kau kata aku yang kejam,
syukur yang tak pernah terkalam,
namun aku yang sendirian kelam,
dalam ribut taufan aku mencuba,
andainya janjimu belum terkota.
kasihku,
aku masih menagih setiamu,
walau bukan kerana cintaku,
sayangku akan tetap bersamamu,
menyulam di segenap ruang wajah dan hatiku,
hanya untukmu.
padamu aku serahkan,
andai nyawa jadi galangan,
bukan ku tak mahu meneruskan,
malah hati sentiasa terkilan,
tika kita selalu berjauhan,
aku bukan sang puteri anganan raja,
bukan juga sekuntum bunga mekar mewangi,
namun aku pasti andai kita kekal bersama,
janji setia suka dan duka,
bersama kita harungi.
ku lihat kau masih menyendiri sepi,
meratapi cinta yang hilang jauh beribu batu,
tinggi melayang tak dapat dihalang.
kau kata aku yang kejam,
syukur yang tak pernah terkalam,
namun aku yang sendirian kelam,
dalam ribut taufan aku mencuba,
andainya janjimu belum terkota.
kasihku,
aku masih menagih setiamu,
walau bukan kerana cintaku,
sayangku akan tetap bersamamu,
menyulam di segenap ruang wajah dan hatiku,
hanya untukmu.
padamu aku serahkan,
andai nyawa jadi galangan,
bukan ku tak mahu meneruskan,
malah hati sentiasa terkilan,
tika kita selalu berjauhan,
aku bukan sang puteri anganan raja,
bukan juga sekuntum bunga mekar mewangi,
namun aku pasti andai kita kekal bersama,
janji setia suka dan duka,
bersama kita harungi.
Monday, July 25, 2011
"suara cinta"
Tatkala ku suarakan,
kau pasti menyangkal,
katamu aku yang masih kekal,
menyahut kasih yang tak kunjung datang.
kalau mampu aku nafikan,
ku takkan biar hati yang rawan,
disakiti dirimu berpanjangan,
diri resah tanpa jawapan,
ku masih kesepian.
oh Tuhan,
kau duga aku berkali-kali,
namun aku tetap mencari,
biarpun ku tahu ada yang menanti,
biar yang pergi berganti-ganti,
kelak takdir Tuhan,
akan ku terima dan pasti,
oh kekasih,
kalau kau bukan yang ku cari,
ku harap kau akan mengerti,
bukan mudah ku nyatakan hasrat di hati,
namun ku tahu kau pasti di hargai
suatu hari nanti.
kau pasti menyangkal,
katamu aku yang masih kekal,
menyahut kasih yang tak kunjung datang.
kalau mampu aku nafikan,
ku takkan biar hati yang rawan,
disakiti dirimu berpanjangan,
diri resah tanpa jawapan,
ku masih kesepian.
oh Tuhan,
kau duga aku berkali-kali,
namun aku tetap mencari,
biarpun ku tahu ada yang menanti,
biar yang pergi berganti-ganti,
kelak takdir Tuhan,
akan ku terima dan pasti,
oh kekasih,
kalau kau bukan yang ku cari,
ku harap kau akan mengerti,
bukan mudah ku nyatakan hasrat di hati,
namun ku tahu kau pasti di hargai
suatu hari nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)