Dalam sendu tawa ini,
ku lihat kau masih menyendiri sepi,
meratapi cinta yang hilang jauh beribu batu,
tinggi melayang tak dapat dihalang.
kau kata aku yang kejam,
syukur yang tak pernah terkalam,
namun aku yang sendirian kelam,
dalam ribut taufan aku mencuba,
andainya janjimu belum terkota.
kasihku,
aku masih menagih setiamu,
walau bukan kerana cintaku,
sayangku akan tetap bersamamu,
menyulam di segenap ruang wajah dan hatiku,
hanya untukmu.
padamu aku serahkan,
andai nyawa jadi galangan,
bukan ku tak mahu meneruskan,
malah hati sentiasa terkilan,
tika kita selalu berjauhan,
aku bukan sang puteri anganan raja,
bukan juga sekuntum bunga mekar mewangi,
namun aku pasti andai kita kekal bersama,
janji setia suka dan duka,
bersama kita harungi.
No comments:
Post a Comment