Thursday, August 23, 2012

suka duka hari raya

salam semua,
hari ini 24/8/2012 bersamaan syawal ke 6, aku telah memulakan tugas seperti biasa di tempat kerja. Tup tup hari ini aku terserempak dengan dua ekor beruk depan lif rumah aku...ni bukan beruk biasa tapi beruk jadian.Maklumla kerja-kerja gores dan menang, semua serah kat dia.Memang pakar, ape tidaknya,  kereta aku tu dah banyak kena gores dan calar.Aku keluar lif basement je perempuan jahanam ngan suami jalang dia tu ade depan mata aku.perempuan tu buat2 bukak pintu, konon nak naik lif lah tu. Entah ape keje diorang nak takut2kan aku.Takde keje lain. Aku terus saja melangkah selamba didepan kereta dia.Lantakla, yang penting jangan kacau aku atau sentuh aku.Sudahlah, malas nak fikir lebih2 pasal dua ekor beruk ni.

                    Sekarang sudah syawal ke enam. Aku sedih berhari raya macam tak berhari raya. Malam raya pertama, orang sibuk pergi masjid bertakbir, bartahmid, aku pulak satu keluarga bergaduh, bermasam muka.Aku tahu aku pun salah jugak, mencetuskan kontroversi sebegitu, tapi kalau nak kata aku kurang ajar, diorang lagi kurang ajar.  Kot ye pun bagilah muka sikit kat orang tua tu.Jangan la ikut kepala sendiri.Ingatla, kalau kita timbulkan masalah, anak2 kita akan timbulkan masalah jugak kat kita. Tak habis2 masalah ni.Malam raya tu aku kat kat kampung, pukul 12 malam aku balik ke putrajaya membawa hati yang lara.Aku beraya di putrajaya sahaja pagi hari raya tu. Sedih tak usah cakap la, aku beraya ngan suami je.Nasib baik ade suami. Nasib baik ade rumah terbuka Dato Najib di putrajaya. sempat aku beraya disana. Macam2 makanan di sana. Nanti aku upload gambarnya ok.

                    Pukul  4 petang hari raya pertama aku balik ke kampung semula. Aku peluk emak aku ucap selamat hari raya dan minta maaf terkasar bahasa. Emak kata aku tak salah,emak faham. Aku ingin jaga maruah keluarga.Tapi kenapa diorang tu tak faham.Aku bukan tak kesian malam raya mak aku merayu2 supaya jangan balik ke putrajaya. Mak kata mak dah takde sape2 kat kg. Habis tu diorang tu. Aku rasa diorang tu bengang bila mak kata begitu. Aku tidak mahu mengungkit ape2 tapi fahamla keadaan dan situasi kita camane.Malam hari tu jugak diorang balik ke kg.

                  Kuasa Tuhan, malam tu anak buah aku kena patuk ular. Tapi keadaannya stabil, tak sampai pengsan, Tapi kena tahan kat wad juga la 2 hari. Beraya kat hospital la jawabnya.Aku tahu, Tuhan menguji semua hambaNya dengan adil dan saksama. Dia takkan memberatkan ujian itu seandainya kita tidak mampu memikulnya.Tapi ingat, setiap kesalahan kita itu biasanya dibayar tunai didunia. tak payah tunggu mati.Ingat tu..........


             

No comments:

Post a Comment