Wednesday, October 24, 2012

haiii......senyap2 esok menjelang pula hari raya haji (hari raya korban). Cakap pasal korban, setiap orang pasti ada pengorbanannya yang tersendiri. Tapi biarlah pengorbanan itu menjadi ikhlas. Jangan rasa sedih jika kita berkorban, kerana Allah sentiasa mendengar rintihan hambanya. Terima semua takdir yang berlaku sebagai lumrah kehidupan. Saat yang silih berlalu, masa pun tak akan kembali, kita yang kejar masa itu.

Niat hati ingin ikhlas segala kejadian yang berlaku, tapi kadang terhiris juga hati ini. Melihat kawan-kawan seperjuanganku gembira balik ke kampung berhari raya bersama keluarga tercinta,,,,hati seperti daun yang luruh...menyakitkan. Sabarlah hati..andai ini ujianNya. Engkau seorang yang tabah, jangan biarkan peristiwa itu mengganggu emosimu. Serah pada Illahi...Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat dirimu.

Kekadang ade juga rasa kesal, kesalahan ape yang telah aku lakukan sehingga ujian yang aku rasa tidak tertanggung ini tertimpa padaku.Aku tidak ingin menjadi anak derhaka. aku tidak ingin jadi orang yang sombong. Tapi aku perlu korbankan diri aku untuk orang lain. Adilkah itu?....Aku ingin keluarga yang bahagia yang pernah aku rasai dulu.......tetapi bila cemburu itu menguasai mereka...aku menjadi tidak tahan dan tidak sabar dengan itu semua..Orang tersayang menasihatiku....jangan kalah dengan emosi kita.Tapi seriously, aku tidak mampu.

Andai masa dapat kuputar semula..aku ingin betulkan segalanya. Tapi aku terlepas segalanya. Dan sekarang aku terlupa, bahawa dunia sudah moden, trend sekarang, masalah sekarang.Jadi sekarang aku biarkan saja semuanya berlalu...biar masalah itu berjalan sendiri mengiringi masa.Aku cuba bertahan.....

Salahkah aku lakukan semua ini.....terpulang pada pentafsirnya. tapi aku lakukan semua ini untuk menyedarkan mereka bahawa aku ini wujud di dunia ini.Dan aku punyai sekeping hati seperti mereka juga. Aku tidak kuat untuk hadapinya seorang diri.Andai suara ku ini sudah tidak diperlukan, cukuplah aku mendiamkan diri.Aku patut memberi mereka masa untuk memikirkan ape yang salah dan betul. Biar masa menyedarkan mereka.

Ya Allah, hanya dengan restuMu dan kehendakMu segalanya berlaku dan aku berdoa semoga Engkau lindungi segalanya dari malapetaka.Jadikan aku redha dengan semua ini Ya Allah................................... 

1 comment:

  1. bnyakkan bersabar yer ida...semoga semuanya akan kembali baik...

    ReplyDelete